Anda di sini!
Utama > Luar Negara > China Perluas Pulau Utara Di Paracel

China Perluas Pulau Utara Di Paracel

China didakwa telah memulakan kerja pembinaan baharu di Laut China Selatan, sekali gus menunjukkan Beijing terus mengukuhkan capaian ketenteraan di seluruh laluan air perdagangan penting itu.

Dalam satu imej Pulau Utara di Paracel yang diambil pada 6 Mac lalu mendedahkan, kerja pembinaan baharu sedang dilakukan termasuk pembersihan tanah dan persediaan diperlukan pelabuhan untuk menyokong pemasangan ketenteraan.

Gambar disediakan syarikat satelit swasta Planet Labs, menunjukkan kerja pembinaan berhampiran Tree Island dan beberapa lagi di Paracel, yang turut dituntut Vietnam serta Taiwan.

Pakar Laut China Selatan di Akademi Pertahanan Tentera Australia, Carl Thayer berkata, Kepulauan Paracel diramal lokasi penting untuk sebarang percubaan China menguasai perairan pertikaian tersebut.

“Kita boleh lihat mereka sangat komited untuk ketenteraan. Tidak kira apa sahaja kenyataan retorik yang dikeluarkan, mereka akan terus melakukannya sedikit demi sedikit,” katanya. – Reuters

Leave a Reply

Top