Anda di sini!
Utama > Ekonomi > Celcom Axiata Lancar Tiga Pelan Mudah Alih

Celcom Axiata Lancar Tiga Pelan Mudah Alih

Celcom Axiata Bhd melancarkan tiga pelan  mudah alih yang direka khusus untuk pemilik perniagaan memenuhi keperluan perniagaan yang semakin berkembang.

Pelan berkenaan, ‘Celcom Business’, boleh didapati dalam tiga saiz dari segi jumlah talian dan kuota.

Ketua Pegawai Perkhidmatan Perniagaan Afizulazha Abdullah berkata pelan itu membolehkan pemilik perniagaan mempunyai kawalan penuh apabila menguruskan peruntukan Internet pekerja mereka.

“Pada masa ini, pakej mudah alih perniagaan di pasaran boleh menjadi rumit  dan terhad,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan rancangan itu di sini, Khamis.

Tiga pelan yang boleh disesuaikan itu – Celcom Business S, Celcom Business M danCelcom Business L, masing-masing menawarkan 100GB data dengan lima talian, 550GB data dengan 25 talian serta 1,100 GB dengan 50 talian.

Pelan S berharga RM490, pelan M pada RM2,300 dan pelan L pada RM4,500.

Selain itu, melalui pelan berkenaan yang menawarkan SMS dan panggilan percuma tanpa had, pelanggan juga akan layak menerima telefon Samsung, iPhone dan Huawei secara percuma.

Celcom turut menawarkan talian tambahan yang akan dimasukkan ke dalam pakej bermula pada RM70 setiap talian.

 

Leave a Reply

Top