Anda di sini!
Utama > Nasional

Inisiatif Halal Bakal Jadikan Malaysia Hub Halal Global

Malaysia akan meningkatkan inisiatif pengantarabangsaan halal agar berpotensi menarik minat dunia untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan halal global. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata inisiatif itu akan dilaksanakan melalui penganjuran program antarabangsa yang baharu seperti Multaqa Lembaga Kuasa Halal Antarabangsa (IHAP) dan Pameran Teknologi dan Inovasi

Isu Rohingya Adalah Isu Kemanusiaan Sejagat

COX'S BAZAR, Malaysia tidak pernah berhasrat untuk campur tangan dalam hal ehwal dalaman Myanmar ketika membangkitkan isu etnik Rohingya di negara itu tetapi ia adalah isu kemanusiaan serantau dan sejagat yang perlu diberi perhatian. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata hasil lawatan beliau ke kem pelarian Rohingya

Malaysia Bina Hospital Bernilai RM3.5 Juta Buat Pelarian Rohingya

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebuah hospital medan bernilai RM3.5 juta akan dibina di kem pelarian Kutupalong bagi memberi rawatan kesihatan kepada pelarian Rohingya, di sini. Timbalan Perdana Menteri berkata, Malaysia sedang menunggu prosedur yang ditetapkan kerajaan Bangladesh walaupun kebenaran sudah diperoleh daripada Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina yang

Negara Rugi RM6 Billion Setahun Akibat Pencerobohan Laut

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan agensi penguatkuasaan memperkasa dan bertindak tegas mengekang pencerobohan dan rompakan hasil laut yang mengakibatkan negara rugi sehingga RM6 bilion setahun. Timbalan Perdana Menteri berkata, arahan itu membabitkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Pasukan Polis Marin (PPM), Tentera Laut

28,190 Pertubuhan Dibatalkan Pendaftaran Sejak 2013

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, gabungan persatuan yang mempunyai aktiviti serta matlamat sama, bukan sahaja memberi lebih manfaat kepada ahli, tetapi turut memudahkan kerajaan menyalurkan dana serta bantuan. Justeru itu, Timbalan Perdana Menteri menyifatkan langkah penggabungan juga dapat mengelak persatuan yang berkongsi persamaan itu kerugian apabila sukar memperoleh bantuan

Banyak Perkara Boleh Diselesaikan Dengan STI

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kegagalan memanfaatkan sains, teknologi dan inovasi (STI) dalam melaksanakan mandat rakyat menyumbang kepada kegagalan sesebuah kerajaan, masyarakat dan bangsa. Timbalan Perdana Menteri berkata, penyelesaian kepada hampir semua masalah bergantung kepada sains dan teknologi, bukannya politik. Beliau berkata, walaupun bidang sains dan teknologi berkembang pesat, ramai

178.9 Dibelanjakan Untuk Kesihatan Berkualiti Sejak 2009

Menyedari kesihatan adalah perkara yang paling berharga di dunia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif dan usaha serta membelanjakan RM178.9 bilion sejak 2009 bagi terus menyediakan perkhidmatan kesihatan berkualiti untuk rakyat Malaysia. Beliau berkata satu daripadanya adalah inisiatif Klinik 1Malaysia, yang diperkenalkan pada 2010 dan

Kerajaan Tidak Bertolak Ansur Tindakan Burukkan Industri Sawit

Kerajaan tidak bertolak ansur dengan sebarang tindakan termasuk usaha memburukkan industri sawit negara yang ditimbulkan oleh pihak tertentu. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebaliknya berkata, Malaysia akan memastikan maklum balas sewajarnya diberikan kepada pihak yang cuba memburukkan industri berkenaan bagi semua pemain industri terutamanya 650,000 pekebun kecil

RM30 Juta Naik Taraf Pusat Tahfiz – TPM

PUTRAJAYA, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan peruntukan RM30 juta untuk pusat tahfiz di seluruh negara perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk menaik taraf infrastruktur dan bukannya bagi membayar gaji kakitangan. Ini kerana, kata Timbalan Perdana Menteri, 80 peratus daripada dana RM30 juta disediakan di bawah Bajet 2017 untuk penyelarasan pendidikan tahfiz

Ahmad Zahid Cadang Wujudkan Indeks Kesejahteraan Psikologi Malaysia

PUTRAJAYA, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan agar Indeks Kesejahteraan Psikologi Malaysia diwujudkan bagi mengukur tahap kesejahteraan mental dan emosi rakyat negara ini. Beliau berkata ia penting bagi memastikan tenaga kerja yang menyumbang kepada pembangunan negara diisi dengan individu-individu yang sentiasa berfikiran positif, matang, mempunyai keupayaan berfikir

Top