Anda di sini!
Utama > Luar Negara (Page 2)

Trump Sedia Jumpa Kim Jong Un

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang kini dalam rangka lawatan ke Asia, menyatakan kesediaannya untuk bertemu dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap. Beliau berkata demikian, ketika ditemu bual dalam program "Full Measure" yang disiarkan pada Ahad. "Saya akan duduk dengan sesiapa sahaja. Saya tidak berasa

Penduduk Dunia Hadapi Masalah Obes & Kurang Zat

Hampir setiap negara di dunia kini berdepan masalah zat serius, sama ada disebabkan terlebih makan hingga obes atau kurang makan yang membawa kepada kekurangan zat. Penyelidik di sebalik Laporan Zat Global, yang meneliti keadaan 140 negara, berkata masalah itu menghentikan perkembangan manusia secara keseluruhan, dan menggesa perubahan kritikal dalam reaksi kepada

Turki Akan Keluarkan Kereta Buatan Sendiri

Turki bakal mengeluarkan kereta buatannya sendiri menjelang 2021, menerusi jalinan usaha sama dengan lima buah syarikat, lapor agensi berita Turki Anadolu (AA). Majlis pelancaran usaha sama itu berlangsung di Istana Presiden dan dihadiri Presiden Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri, Binali Yildirim dan Menteri Sains, Industri dan Teknologi, Faruk Ozlu. Lima syarikat tersebut

Turki Wujudkan Akreditasi Halal

Parlimen Turki pada Rabu meluluskan undang-undang bagi mewujudkan agensi akreditasi halal pertama di negara itu, lapor agensi berita Anadolu (AA). Di bawah undang-undang itu, agensi dikenali Institut Akreditasi Halal (HAK), bakal menjadi agensi tunggal yang mempunyai kuasa untuk memperakukan dan memberi akreditasi produk halal - barangan yang dibuat mengikut piawaian Muslim

15 Terbunuh Serangan Bom Di Afghanistan

CHARIKAR, Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dan hampir 30 yang lain cedera dalam letupan lori minyak di Charikar, Parwan di Afghanistan, kata seorang pegawai tempatan lapor agensi berita China Xinhua. Kejadian berlaku pada malam Rabu, di kawasan kejiranan apabila sebutir bom yang dipasang pada lori minyak meletup, menyebabkan bas yang berada berdekatan

China Dan Korea Selatan Adakan Pertemuan Pulih Hubungan

Presiden Korea Selatan Moon Jae-in dan Presiden China Xi Jinping akan mengadakan pertemuan pada minggu depan, sebagai langkah pertama ke arah memulihkan hubungan kedua-dua negara yang renggang sejak isu sistem pertahanan anti-peluru berpandu Terminal Altitud Tinggi (THAAD). Pertemuan kedua-dua pemimpin itu, dijadual berlangsung di luar forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec)

Ketua Polis Catalonia Dipecat

MADRID, Madrid telah memecat Ketua Polis Serantau Catalonia, Josep Lluis Trapero sehari selepas melaksanakan kawalan langsung rantau itu susulan pengisytiharan pemisahan dari Sepanyol. Pemecatan Trapero yang mengetuai pasukan dikenali Mossos d'Esquadra, anggota polis berpangkat tinggi Catalonia, disiarkan dalam pekeliling rasmi kerajaan. Ia ketika Sepanyol kini terbabit dalam krisis terburuk politiknya sejak beberapa

Julie Bishop TPM Baru Australia

Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull, melantik Menteri Luar, Julie Bishop, sebagai timbalannya hari ini selepas krisis kerakyatan, menyebabkan penyandang jawatan itu sebelum ini disingkirkan. Keadaan itu juga meletakkan kerajaan pimpinan Turnbull hilang majoriti Parlimen. Turnbull dijadualkan mengunjungi Israel semalam untuk lawatan seminggu tetapi tidak dapat berbuat demikian tanpa melantik timbalan untuk menyambung

Israel Siap Sedia Serang Iran

Israel sedia mengambil tindakan ketenteraan untuk memastikan Iran tidak akan memiliki senjata nuklear, kata Menteri Perisikannya, Yisrael Katz, semalam di Jepun. Katz berada di Jepun bagi meminta sokongan kepada tindakan keras Presiden Donald Trump ke atas Tehran. Pada 31 Oktober lalu, Trump berkata beliau tidak menjamin Iran mematuhi perjanjian membatalkan program nuklearnya,

Rakyat Malaysia Ditahan Cuba Seludup Heroin Ke Singapura

SINGAPURA, Pihak berkuasa Singapura menahan seorang lelaki Malaysia berusia 25 tahun dan merampas kira-kira satu kilogram (kg) heroin dianggarkan bernilai S$106,000 (S$1=RM3.10) di pusat pemeriksaan Woodlands pada rabu. Lelaki yang menunggang motosikal bernombor pendaftaran Malaysia tiba di pusat pemeriksaan itu kira-kira 6.30 pagi ditahan untuk pemeriksaan lanjut oleh pegawai dari Pihak

Top