Anda di sini!
Utama > Ekonomi (Page 2)

Pelan Induk Bangunkan PKS Yang Lebih Kompetitif

Pada usia 27 tahun, Selvestone Junit berhasrat menjalankan perniagaan pusat peranginan eko di kampung halamannya, tetapi tidak mempunyai dana dan pengetahuan teknikal untuk memulakannya. Namun, anak kelahiran Sabah ini bernasib baik apabila menyertai Program Cabaran Perniagaan Luar Bandar yang dianjurkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Ia membantu beliau memenangi RM500,000 dalam

Laporan IEA MyHSR Akan Dipamer Kepada Umum Mulai Esok

Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) MyHSR Corporation Sdn Bhd bagi projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (KL-SG HSR) akan dipamerkan kepada umum bermula esok sehingga 25 Jan, 2018. MyHSR Corp berkata laporan itu akan dipamerkan bagi tontonan umum di pelbagai lokasi, termasuk ibu pejabat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), ibu pejabat Jabatan Alam Sekitar  (JAS) dan pejabat-pejabat negeri JAS di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan

Gerakan Koperasi Manfaat Jaringan Pos Malaysia

Pos Malaysia Bhd akan berfungsi sebagai pusat sehenti pendaftaran keahlian koperasi, permohonan pembiayaan koperasi, platform promosi dan pemasaran dan jual beli emas Ar-Rahnu melalui kerjasama dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa). Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah, berkata kerjasama antara kedua-dua pihak akan memberikan peluang kepada gerakan koperasi memanfaatkan jaringan

Bersedia Hadapi Tahun 2018 Yang Lebih Mencabar

KUALA LUMPUR, Tahun 2017 merupakan tahun yang lebih tenang bagi industri maritim selepas menempuh cabaran pada tahun lepas dengan prestasi yang kurang memberangsangkan. Tahun ini menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang agak baik, sama ada di peringkat global atau negara, yang memberi prospek baik kepada perdagangan laut. Dengan ekonomi dunia diunjurkan berkembang tiga peratus

Masa Depan SESB Bergantung Kepada Hasil Perbincangan

KUALA LUMPUR, Masa depan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan ditentukan hasil perbincangan berterusan antara Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Kementerian Kewangan dan Tenaga Nasional Bhd (TNB). Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri KeTTHA, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, berkata perbincangan itu penting, terutama sejak SESB terus mencatat kerugian

Kejatuhan Rizab BNM Disebabkan Aliran Keluar Dana

Dakwaan kerugian AS$39.6 bilion (US$1= RM4.07) antara 2013 dan 2015 sebenarnya adalah jumlah yang mencerminkan penurunan dalam rizab antarabangsa akibat aliran keluar dana asing dan bukan kerugian disebabkan dagangan pertukaran wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM), kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani. Beliau berkata, ini bertentangan dengan tuduhan

PUNB Kenal Pasti Pihak Salah Guna Nama Dan Logo

KUALA LUMPUR, Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) telah mengenal pasti taktik pihak yang tidak bertanggungjawab mengguna pakai logo, akronim dan nama PUNB dan mengaku menjadi perantara atau ejen PUNB untuk mengelirukan orang ramai. Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Azhar Ahmad berkata, PUNB tidak pernah melantik atau menggunakan

330 PKS Telah Jalani Latihan Bersama Alibaba Group

KUALA LUMPUR, Syarikat e-dagang terbesar Mdedunia, Alibaba, telah menjalankan program latihan e-dagang perniagaan kepada perniagaan (B2B) untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia. Pengarah Projek B2B Malaysia, Platform Perdagangan Dunia Elektronik (eWTP), Terry Jiang berkata program itu yang dijalankan di sembilan bandar utama di seluruh negara sejak dua minggu lepas dan

MATTA & MAH Meterai MoU Tarik Pelancong Sempena TMM 2020

KUALA LUMPUR, Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) serta Persatuan Hotel Malaysia (MAH) hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk menjana lebih banyak pendapatan kepada negara sempena Tahun Melawat Malaysia Tahun 2020. Presiden MATTA, Datuk Tan Kok Liang dan Presiden MAH, Cheah Swee Hee, telah menandatangani MoU tersebut. Turut hadir ialah

KDNK Malaysia Dijangka Kekal Kukuh Pada 2018 – UBS

KUALA LUMPUR, Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka kekal kukuh pada 5.5 peratus pada 2018, didorong oleh pemberian tunai sekali sahaja kepada kakitangan awam menjelang pilihan raya umum dan projek kereta api utama seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), menurut UBS Investment Bank. "Kami menjangka aktiviti berkaitan pembinaan ECRL,

Top