Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Catalan Diberi 3 Hari Batalkan Kemerdekaan

Catalan Diberi 3 Hari Batalkan Kemerdekaan

Pemimpin pemisah Catalonia, Carles Puigdemont, diberi tempoh tiga hari oleh kerajaan untuk kembali kepada undang-undang yang sah.

Ia susulan keengganan Puigdemont memastikan untuk meneruskan tindakan mengisytiharkan kemerdekaan wilayah itu dari Sepanyol.

Susulan tempoh akhir diberikan Madrid, Puigdemont memohon mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri, Mariano Rajoy, secepat mungkin ketika Sepanyol bergelut menangani krisis politik sejak mengamalkan demokrasi pada 1977.

Bagaimanapun, Puigdemont enggan memberikan jawapan ‘ya atau tidak’ seperti dituntut Madrid, sekali gus memaksa Sepanyol memberi tempoh sehingga Khamis ini untuk membuat keputusan.

Kegagalan Puigdemont berbuat demikian akan membolehkan Madrid mengenakan kawalan langsung ke atas wilayah separa-autonomi berkenaan.

Pada masa sama, krisis berlanjutan sejak proses pungutan suara yang diharamkan pada 1 Oktober lalu itu tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berakhir.

Minggu lalu, Puigdemont mengumumkan Catalonia sedia menjadi negara merdeka selepas memperoleh 90 peratus undi dalam pungutan suara pada awal bulan ini.

Bagaimanapun, jumlah itu diperoleh selepas hanya 43 peratus penduduk Catalonia keluar mengundi, manakala selebihnya yang memihak untuk kekal bersama Sepanyol, memilih untuk tidak mengundi. – AFP

Leave a Reply

Top