Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > CAP Desak Haramkan Pewangi Mengandungi Bahan Kimia

CAP Desak Haramkan Pewangi Mengandungi Bahan Kimia

GEORGE TOWN, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini meminta pihak berkuasa memperkenalkan undang-undang ke arah mengharamkan  penggunaan pewangi dan penyegar udara yang mengandungi bahan kimia berbahaya di tempat awam.

Presiden CAP S.M Mohamed Idris berkata  ia kerana produk sebegitu dibimbangi  meningkatkan masalah pencemaran udara selain risiko kesihatan, terutama jika terlalu lama terdedah kepadanya.

“Menurut (kajian) Akademi Sains Amerika, 95 peratus bahan kimia yang digunakan dalam produk wangian adalah sebatian sintetik daripada petroleum. Ini termasuk bahan kimia toksik yang diketahui boleh menyebabkan kanser, kecacatan bayi ketika lahir dan masalah kesuburan,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Beliau turut mendakwa penyegar udara organik dan mesra alam juga boleh mengeluarkan bahan cemar udara yang berbahaya.

“Pengguna berhak untuk bernafas dalam udara yang bersih dan tidak tercemar, mereka tidak seharusnya terdedah kepada udara yang dicemari pewangi tiruan  dan bahan kimia toksik lain,” katanya menambah CAP pernah menerima beberapa aduan daripada pengguna berhubung kesan sampingan akibat penggunaan beberapa produk yang dipercayai mengandungi bahan kimia berbahaya.

Leave a Reply

Top