Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Cameron Highlands Kawasan Paling Sejuk

Cameron Highlands Kawasan Paling Sejuk

Pusat peranginan terkemuka Cameron Highlands merupakan kawasan paling sejuk di Malaysia ketika ini, apabila mencatat suhu terendah, 16 darjah Celcius pada Januari lepas.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Datuk Che Gayah Ismail berkata faktor cuaca, hujan yang kerap pada Januari dan kadar liputan awan, memberi kesan kepada bacaan suhu yang dicatatkan.

Cameron Highlands pernah melakar sejarah sebagai kawasan yang  mencatat suhu paling rendah dalam negara iaitu 7.8 darjah Celcius pada Februari 1978, katanya kepada media di sini.

“Ia direkodkan pada ketinggian 1,471.6 meter dari purata paras laut,” tambahnya.

Beliau berkata di kawasan tanah rendah, tiada sebarang rekod suhu rendah melebihi paras minimum, dicatatkan dalam tempoh yang sama.

 

Leave a Reply

Top