Anda di sini!
Utama > Politik > Calon Berpotensi Repok Diumum, SUPP Dapat Kerusi Kesebelas

Calon Berpotensi Repok Diumum, SUPP Dapat Kerusi Kesebelas

Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) mendapat sebuah lagi kerusi untuk ditandingi selepas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Tan Sri Adenan Satem mengumumkan calon berpotensi untuk Repok.

Calon tersebut ialah seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Huang Tiong Sii, 47, seorang muka baru yang akan bertanding buat kali pertama dalam Pilihan Raya Negeri Ke-11 yang akan datang.

Pengumuman dibuat pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Suarah Sarikei di sini hari ini.

Huang merupakan antara tiga calon berpotensi sebelum ini yang termasuk Teng Ung Woo dari SUPP and Chan Phan Chan dari Parti Rakyat Bersatu (UPP).

Kerusi Dewan Undangan Negeri Repok kini disandang oleh Wong Hua Seh dari DAP.

Pengumuman itu menjadikan kesemua kerusi yang diperolehi oleh SUPP sekarang ialah 11 buah.

Rabu lalu Adenan mengumumkan 10 calon berpotensi dari SUPP iaitu Lo Khere Chiang (Batu Kitang); Peter Pau (Padungan); Milton Foo Tiang Wee (Pending); Sih Hua Tong (Batu Lintang); Wilfred Yap Yau Shin (Kota Sentosa); Datuk Dr Sim Kui Han (Batu Kawa); Datuk Francis Harden Hollis (Simanggang); Chieng Buong Toon (Bukit Assek); Datuk Sebastian Ting Chiew Yew (Piasau) dan Datuk Lee Kim Shin (Senadin).

Leave a Reply

Top