Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Cadangan Pengurangan Levi Di Linkedua Dibawa Ke Kabinet

Cadangan Pengurangan Levi Di Linkedua Dibawa Ke Kabinet

PUTRAJAYA, Cadangan pengurangan kadar levi dan tol bagi kenderaan perdagangan di Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet esok, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata pengurangan kadar tol dan levi itu bertujuan menarik lebih banyak kenderaan perdagangan menggunakan Linkedua yang seterusnya mengurangkan kesesakan trafik di Tambak Johor.

“Usaha ini dijangka dapat mengurangkan sehingga 40 peratus kenderaan perdagangan di Tambak Johor,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Mengenai Isu Kesesakan di Tambak Johor dan Linkedua di sini hari ini.

Kadar levi bagi kenderaan perdagangan di Linkedua sekarang ialah RM200.

Menurut Ahmad Zahid, pergerakan individu keluar masuk melalui jalan darat Malaysia-Singapura ketika ini adalah antara 300,000 hingga 400,000 orang pada setiap hari dan meningkat kepada lebih 500,000 pada musim perayaan.

Ahmad Zahid berkata mesyuarat hari ini turut memutuskan untuk membuat permohonan kepada Kabinet supaya jawatankuasa itu dinaik taraf kepada badan bertindak khas bagi menyelesaikan masalah kesesakan di Tambak Johor dalam jangka panjang.

Leave a Reply

Top