Bursa Malaysia Bhd sedang mengenal pasti perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berpotensi daripada sekumpulan 148,678 pertubuhan yang akan disenaraikan di pasaran ketiga ‘Leading Entrepreneur Accelerator Platform (Platform Pemecut Usahawan Utama) (LEAP)’.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Tajuddin Atan berkata Bursa Saham itu sudah menjalankan dua rundingan bersama sektor perniagaan, selain isu mengenai peraturan bagi mengukuhkan platform berkenaan.

Beliau berkata banyak PKS menunjukkan minat untuk disenaraikan di pasaran LEAP, yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena pembukaan acara tahunan Invest Malaysia Kuala Lumpur pada 25 Julai.

“Kami telah pun menjalankan rundingan, dan kini merupakan masa untuk mengimbanginya. Namun, sebagai pengendali Bursa Malaysia, saya hanya akan membenarkan nyajika ia dilakukan secara adil dan saksama.

“Kami menyediakan platform di bawah persekitaran tertentu supaya semua orang akan dilayani secara adil, oleh itu, sekali gus kami memperkenalkan penasihat dan pelaporan secara minimum,” katanya dalam temu bual bersama organisasi media terpilih pada Khamis.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Operasi Bursa Malaysia, Datin Azalina Adham.

Pada Mac, SME Corporation Malaysia mengumumkan bahawa agensi itu bekerjasama dengan Bursa Malaysia untuk memastikan PKS disenaraikan di pasaran PKS, dan untuk itu beberapa syarikat telah dikenal pasti dan melalui proses penilaian

Pada Jun, Bursa Malaysia mengeluarkan syarat penyenaraian baharu dengan pelbagai pindaan ke atas peraturan pasaran LEAP bagi tiga prinsip asas utama iaitu kecekapan kos, peraturan seimbang dan pasaran yang memenuhi syarat untuk pelabur canggih.

“Untuk mewujudkan pasaran atau ekosistem, ia merupakan satu perjalanan. Menerusi pengenalan pasaran, pembangunan infrastruktur dan ekosistem merupakan kunci utamanya.

“Itu sebab kami perlu mengadakan perbincangan mengenai kaedah pembangunan industri modal teroka kita yang masih baru,” kata Tajuddin.

Beliau menegaskan platform baharu itu akan melengkapi Pasaran Utama dan Pasaran ACE, dengan matlamat untuk menangani jurang pembiayaan yang dihadapi oleh PKS selain ketampakan yang lebih jelas melalui pasaran modal dan pada masa yang sama hanya boleh diakses oleh pelabur canggih/berkelayakan.

Pelabur canggih terdiri daripada individu yang memiliki nilai aset bersih melebihi RM3 juta atau dengan pendapatan tahunan melebihi RM300,000 atau gabungan RM400,000 bagi suami dan isteri.

Korporat dengan aset bersih lebih daripada RM10 juta serta syarikat amanah dan perkongsian dengan lebih daripada RM10 juta aset, juga disenarai dalam kategori ini.

“Biarlah pasaran tumbuh dulu, Jika berjaya, kita boleh buka kepada semua orang, Buat masa ini, pelabur canggih dengan modal tertentu, nilai bersih atau pengalaman, akan dapat melabur dalam pasaran ini. Anda perlu tahu risiko-ganjaran,” kata Tajuddin.

Sementara itu, Azalina berkata dagangan menerusi pasaran LEAP sama seperti di Pasaran Utama dan Pasaran ACE, dengan pelabur canggih akan ditentukan menerusi prosedur ?kenali pelanggan anda’ oleh broker.

Tajuddin menegaskan PKS kini terlalu bergantung kepada pembiayaan melalui institusi perbankan.

“Objektif dalam mewujudkan platform ini ialah kami mahu menentukan sama ada sesebuah syarikat itu berpotensi tinggi, dan akan membantu mereka menyediakan platform untuk meningkatkan modal,” katanya.

Menurut Laporan Tahunan PKS 2015/16, institusi kewangan menyumbang kira-kira 96 peratus daripada keseluruhan pembiayaan PKS manakala pasaran modal menyediakan kurang daripada empat peratus.

Beliau berkata Bursa Malaysia mewujudkan jurang dalam sektor pasaran tersenarai dengan menubuhkan pasaran LEAP sebagai pasaran yang layak untuk syarikat “peringkat awal dan pengembangan” untuk meningkatkan modal.

Akan ada pertindihan, namun anda tidak dapat mengelak daripada pertindihan antara pasaran LEAP dan ACE kerana satu perkara mudah, iaitu ketika kami memulakan pasaran ACE, jumlah dana yang dibangkitkan lebih kecil.

“Dalam tempoh tiga tahun lepas sahaja, jumlah minimum yang dikumpul oleh pasaran ACE melebihi RM20 juta. Apabila ini berlaku, tiba-tiba wujud jurang yang besar untuk sebuah syarikat yang kini merupakan PKS, (kerana mereka beranggapan mereka tidak akan dapat menarik perhatian yang sama,” katanya.

Tajuddin berkata pasaran LEAP akan membolehkan PKS disenarai dengan akses mudah dan kemudian melangkah ke platform pasaran yang lebih besar apabila mereka bersedia.

Penyenaraian ini berasaskan formula mudah namun seimbang dengan standard berhemat seperti penilaian dilakukan oleh penasihat yang dilantik oleh Bursa Malaysia.

Senarai penasihat berpotensi telah diperluaskan kepada 64 organisasi seperti firma audit yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dengan lesen CFA (Jurutera Kewangan Berkanun) dan kini boleh memohon untuk menjadi penasihat,” kata Tajuddin.

Beliau berkata negara lain termasuk India, US, Korea Selatan dan China memperkenalkan platform itu, manakala Bursa Malaysia menjadi bursa pertama di ASEAN yang melancarkan platform itu.

“Model kami berasal dari Korea Selatan dan Taiwan. Pasaran berjaya Korea Selatan ialah Korea New Exchange yang menampung PKS. Mereka juga mempunyai pasaran syarikat pemula niaga.”

“Thailand dan Singapura juga berusaha melancarkan pasaran ini? Semua memerlukan pasaran ini,” katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *