Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Boris Johnson Lepas Kerakyatan AS

Boris Johnson Lepas Kerakyatan AS

Menteri Luar Britain, Boris Johnson yang dilahirkan di New York telah melepaskan kerakyatannya sebagai warga Amerika Syarikat (AS), menurut dokumen Jabatan Perbendaharaan, kelmarin.

Sebelum ini, bekas Datuk Bandar London itu adalah pemegang pasport Britain dan AS.

Pada 2015, beliau pernah menyatakan hasrat untuk melepaskan kerakyatan itu atas sebab patriotik.

“Tujuan saya membuat keputusan ini adalah untuk membuat perubahan dan komitmen saya adalah sentiasa kepada Britain, ” katanya ketika diwawancara ┬áSunday Times.

Beliau berada di dalam senarai yang bagi suku ketiga 2016 yang melepaskan kerakyatan AS.

Difahamkan, kesemua warga AS perlu membayar cukai kepada Washington walaupun mereka tinggal di luar negara. – AFP

Leave a Reply

Top