Port Dickson, Seorang anggota bomba cedera ringan selepas terjatuh dari bumbung ketika melakukan operasi memadam kebakaran rumah di Jalan Shellgate Kampung Arab sekitar jam 11 malam tadi.

Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP), Mohd Kamil Abd Jabbar berkata, ketika kejadian, api telah berjaya dipadamkan  dan anggota berkenaan sedang melakukan kerja-kerja pemadaman dari atas bumbung rumah yang hangus terbakar.

“Menurutnya, anggota berkenaan terpijak kayu alang bumbung yang telah reput dan terjatuh di atas meja di dalam rumah tersebut.

“Sebaik jatuh, anggota tersebut tidak mengadu sebarang kesakitan namun kita kejarkan juga ke hospital dengan ambulans bomba yang juga bersama dalam operasi ini ke Hospital Port Dickson untuk rawatan lanjut.

“Anggota tersebut hanya mengalami cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar,” katanya.

Mohd Kamil berkata, bomba menerima panggilan kecemasan kebakaran pada jam 10.02 malam dan tiba dilokasi 10 minit kemudian.

“Kebakaran berjaya dikawal dalam masa 5 minit dan operasi memadam kebakaran dapat diselesaikan sekitar satu jam kemudian.

“Kebakaran membabitkan tiga buah rumah yang salah satunya terbakar 100peratus dan dua lagi terbakar 30 dan 60 peratus  tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.

Operasi memadam kebakaran melibatkan sembilan anggota dari BBDP Port Dickson dan BBDP Telok Kemang. Dan anggota yang cedera difahamkan dari BBDP Telok Kemang, Pegawai Bomba, Mohd Riduan Khamis.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *