Anda di sini!
Utama > Hiburan > Bilo Nogori Jupo Kelate Antara Drama Menarik Di TV3

Bilo Nogori Jupo Kelate Antara Drama Menarik Di TV3

Seperti biasa TV3 menyajikan drama berkualiti untuk tontonan penonton setiap hari, dan di minggu terakhir tahun 2017, TV3 bakal memaparkan empat buah drama baharu yang pasti akan menghiburkan seisi keluarga di rumah.

Bermula pada 26 Disember ini, para penonton akan disajikan dengan tiga drama baharu iaitu Iris: Bilo Nogori Jupo Kelate, Akasia: Kekasih Paksa Rela, dan Seramedi: Kisah Yang Hilang. Manakala, bermula pada 28 Disember 2017 pula, drama Lestary: Cinta Hati Batu akan bertemu penonton di TV3.

Bilo Nogori Jupo Kelate mengisahkan Noah (Nazrief Nazri) dan Safiya (Mia Ahmad), baru sahaja berpisah dengan pasangan masing-masing, membuat keputusan untuk berkahwin selepas berkenalan hanya dalam tempoh enam bulan. Konflik mereka bermula apabila tiba masanya untuk bertemu dengan keluarga masing-masing yang mempunyai banyak perbezaan.

Dapatkah keluarga Noah yang berasal dari Negeri Sembilan bersatu dengan Safiya yang berasal dari negeri Kelantan, pastinya mengamalkan adat resam yang berbeza daripada mereka?

Dibarisi oleh pelakon – pelakon hebat seperti┬áNazrief Nazri, Mia Ahmad, Hanna Aqeela, Tisha Shamsir, Didie Alias, Kuna dan Mat Over.

Drama ini bakal menemui penonton bermula 26 disember 2017 setiap isnin – khamis.

Leave a Reply

Top