Pelakon dan pelawak terkenal, Rowan Atkinson sekali lagi menjadi mangsa fitnah laman sosial apabila dikatakan meninggal dunia akibat  kemalangan jalan raya 18 Mac lalu.

Berita berkenaan menjadi tular di laman sosial hingga mendapat lebih 300,000 komen ‘RIP’ daripada peminatnya hanya dalam beberapa saat.

Memetik laporan india.com, ini bukan kali pertama Atkinson dikatakan meninggal dunia, kerana pada kali pertama berlaku pada tahun 2016 juga terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Berita kematian palsu Atkinson yang terkenal dengan watak Mr Bean ini telah menggemparkan dunia.

Sejurus tersebar, laman web Hoax Alert telah mengeluarkan kenyataan mengenai berita kematian tersebut palsu.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *