Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Berbaloi Bayar RM899 Tengok Gegar Vaganza Istana Budaya

Berbaloi Bayar RM899 Tengok Gegar Vaganza Istana Budaya

mh online

Oleh : Zabidi Hj Saidi

Tiga malam berturut turut  sejak hari Jumaat lalu Istana Budaya, Kuala Lumpur digegarkan dengan konsert Mega Gegar Vaganza. Menonton persembahan mantap bintang ternama di malam pertama Konsert Mega Gegar Vaganza di Istana Budaya yang berlangsung pada hari Jumaat di Istana Budaya memang terbaik.

Konsert ini dibawa ke Istana Budaya sebagai penghargaan Astro kepada penonton yang menjadikan program Gegar Vaganza sebagai rancangan Astro yang paling tertinggi ratingnya.

Seramai 13 orang penyanyi telah mempersembahkan 19 buah lagu iaitu Siti Nordiana (Kerana Terluka, Cinta Hanya Sandaran) Nizam Laksmana, Nasir Wahab (Memori Cinta Luka), Khatijah Ibrahim, Faradhiya, Haiza (Segalanya Pasti), Haleeda,   Ezad Lazim, (Alasanmu), Fazli Zainal (Harapan), Ayai Ilusi, Zul Handyblack, Achong dan  Rahmat Mega.

Tidak sia sia Astro membawa artis artis Gegar Vaganza siri 1 dan 2 ke Istana Budaya.

Penonton terhibur dengan pengacara mereka Nabil dan Jihan walaupun mereka agak meleret namun, sekurang-kurangnya penonton yang membeli tiket mahal-mahal tu rasa berbaloi dengan 19 buah lagu yang disampaikan. Pendek kata, semua lagu yang bergema di Istana Budaya malam ini adalah lagu  yang super-leleh.

Sebagai kejutan, Dato’ Seri Vida membawa 12 orang pemain pasukan bola sepak Kelantan yang kini dikenali sebagai Pamoga Qu Puteh The Red Warriors ke pentas Istana Budaya. Turut hadir menyaksikan konsert itu adalah orang kuat KAFA, Tan Sri Anuar Musa.

Ketua juri Gegar Vaganza, Datuk Ramli MS pula bertindak sebagai pemimpin orkestra konsert. Khabarnya untuk tiga malam, beliau dibayar RM450,000

Persembahan pembukaan oleh Nabil dan Jihan Muse sangat bertenaga dan mencuit hati. Persembahan Siti Nordiana tidak pernah ‘gagal’. Pada malam pertama konsert (semalam) dia menyanyikan lagu Cinta Hanya Sandaran, Kerana Terluka dan Gurauan Berkasih (berduet dengan Rahmat Mega) dengan sangat baik.

Lapan segmen konsert membuatkan penonton tidak mahu berganjak dari kerusi kerana lagu-lagu yang disajikan.Persembahan Haiza ketika menyampaikan lagu nyanyian Aida Agil, Segalanya Pasti memukau penonton.

Nyanyian Ayai Illusi dan Amir Ukays menerusi lagu Zikir Berkasih, Joget Angan Tak Sudah dan Inang Bujang dan Dara menggamit kenangan.

Persembahan Zul Handy Black “awesome” dan Datuk Seri Vida dikatakan berat sebelah oleh Nabil dan Jihan kerana sentiasa meletakkan penyanyi Kau Yang Bernama Seri itu sebagai favourite.

Vokal Farahdhiya, Haleeda, Nassier Wahab dan Ezad Lazim membuai penonton. “Macam dalam kaset” kata Datuk Seri Vida.

Fazli Zainal dan Nassier Wahab berduet menyanyikan lagu Beribu Sesalan! Duet Datuk Khatijah Ibrahim dan Nassier Wahab menerusi lagu Doa Buat Kekasih, menusuk kalbu! Ternyata Datuk Kat masih berbisa!

Acong paling menyerlah ketika menyanyikan lagu Kepadamu Kekasih dan nyanyiannya Layu Dihujung Mekar.

Memang berbaloi menonton konsert ini walaupun ada yang membeli tiket yang paling mahal RM899.00. Kepada mereka yang belum menonton konsert ini, malam ini adalah malam terakhir. Ayuh kita ke Istana Budaya malam ini.Tiket-Tiket boleh didapati di www.ticketcharge.com.my

Leave a Reply

Top