Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Bekas Rangkaian Al-Qaeda Nafi Ketuanya Cedera

Bekas Rangkaian Al-Qaeda Nafi Ketuanya Cedera

BEIRUT, Bekas rangkaian al-Qaeda Syria menafikan dakwaan Moscow bahawa pemimpin tertinggi mereka cedera dalam serangan udara oleh tentera Russia bulan lalu.

“Hayat Tahrir al-Sham menafikan apa yang tersebar di media berhubung kecederaan Sheikh Abu Mohamed al-Jolani.

“Dia disahkan sihat dan menjalankan sepenuhnya tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Telegram.

Kenyataan itu dikeluarkan beberapa jam selepas jurucakap Kementerian Pertahanan Russia, Igor Konashenkov mengesahkan Jolani mengalami beberapa kecederaan teruk, kehilangan tangan dan dalam keadaan kritikal. – AFP

Leave a Reply

Top