Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Bekas Pengarah Eksekutif Kencana Didakwa Atas Perdagangan Dalaman

Bekas Pengarah Eksekutif Kencana Didakwa Atas Perdagangan Dalaman

Bekas pengarah eksekutif Kencana Petroleum Berhad, Datuk Yeow Kheng Chew dan dua yang lain didakwa kerana perdagangan dalaman di Mahkamah Sesyen di sini.

Dua lagi individu dikenal pasti sebagai Paulene Chee Yuet Fang dan Tan Yee Chee, yang merupakan remisier.

Mereka didakwa terlibat dengan perdagangan dalaman pada 2011.

Kheng Chew merupakan rakan kongsi Datuk Mokhzani Mahathir di Kencana Petroleum Berhad.

Mokhzani sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kencana, manakala Kheng Chew sebagai pengarah bebas bukan eksekutif syarikat.

Mokhzani merupakan anak kedua kepada bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Leave a Reply

Top