Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH Heavy Engineering (THHE) Bhd didakwa melakukan pecah amanah melibatkan wang bernilai RM2.5 juta di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Khamis.

Tertuduh, Nor Badli Munawir Mohamad Alias Latfi, yang pernah ditahan SPRM bagi membantu siasatan November lalu telah ditahan semula pada Rabu.

Nor Badli Munawir yang berusia 51 tahun telah memohon untuk dibicarakan atas lima pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Kes dibacakan di hadapan Hakim Madihah Harullah.

Mengikut pertuduhan pertama hingga lima, Nor Badli Munawir sebagai CEO THHE telah melakukan pecah amanah terhadap lima keping cek masing-masing bernilai RM400,000, RM570,000, RM430,000, RM600,000 dan RM575,800 pada tarikh berasingan.

Kesemua kesalahan tersebut dilakukan di pejabat THHE Fabricators Sdn. Bhd. Tingkat 23, Tower B, Menara UOA Bangsar antara April hingga Oktober 2013.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tidak kurang dua tahun atau tidak lebih 20 tahun dan hukuman sebat serta boleh dikenakan denda.

Hakim Madihah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM400,000 dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes ialah pada 15 Mac 2017.

Bagi pihak SPRM, kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya S.Thangavelu.

Pada 15 November 2016, tertuduh telah direman selama tujuh hari oleh SPRM selepas dipercayai terlibat dengan kes penyalahgunaan kuasa dan menerima wang suapan.

 

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *