Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Menteri & Timbalan Menteri Bakal Berdepan Laluan Sukar Pru 14

Menteri & Timbalan Menteri Bakal Berdepan Laluan Sukar Pru 14

Analisis 

Oleh : Abdullah Karim

KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU -14) yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja, akan menyaksikan menteri dan timbalan menteri daripada Barisan Nasional (BN) terpaksa melipat gandakan usaha untuk mempertahankan jawatan disandang.

Ini kerana majoriti bawah 3,000 yang mereka perolehi pada PRU-13, bukan satu jaminan untuk mereka boleh mempertahankan kerusi dimenangi pada pilihan raya lima tahun lepas, memandangkan pelbagai isu tidak betul mengenai kerajaan hasil ciptaan pembangkang, boleh memesongkan para pengundi yang menyokong mereka, beralih arah ke pihak lawan.

Hampir kesemua menteri dan timbalan menteri dalam kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak yang boleh dikatakan akan diketengahkan semula oleh Perdana Menteri pada PRU-14 ini, bakal berdepan jalan berliku untuk mempertahankan kerusi masing-masing atas alasan pemikiran pengundi sekarang amat berbeza dengan masa lalu.

Justeru itu, para menteri dan timbalannya terpaksa menguatkan jentera pilihan raya di setiap kawasan dan sering turun ke padang bertemu pengundi yang selama ini sarat dengan tohmahan pembangkang yang mengatakan perkara tidak benar tentang kerajaan.

Kerajaan pimpinan Najib dan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid harus dipertahankan, walau dengan cara apa sekalipun demi mempertahankan survival Melayu dan agama Islam.

Pembangkang yang diketuai oleh DAP dan dibelakangnya ada beberapa lagi parti seperti PKR, Amanah dan Bersatu harus ditolak ke tepi oleh rakyat jelata. Gaubungan PH ini, bukan sahaja mahu memecah belahkan umat Melayu malah mahu melihat negara ini menuju kehancuran.

Oleh yang demikian, negeri-negeri yang mana Ahli Parlimen mereka menang dengan majoriti kecil harus sedar akan keadaan ini dan terus menerus bekerja keras mendekati rakyat, walaupun sedar majoriti diperolehi itu harus melemahkan semangat mereka.

Sebagi contoh, Di Perlis iaitu di Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim cuma menang majoriti sebanyak 1,371 sahaja. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu memperolehi 19,376 mengalahkan calon PAS, Allahyarham Dato’ Dr Harun Din yang memperolehi 18,005 undi.

Bagi Negeri Kedah pula, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz, hanya memperolehi 24,161 di Parlimen Jerlun. Lawannya, Ismail Salleh (PAS) memperolehi 20,891 dan majoritinya ialah 3,270.

Bagi Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Johari Baharom pula, beliau amat selesa kerana pengundi di Kubang Pasu sukakannya dengan memberi undi sebanyak 33,334. Majoriti di situ ialah 10,444 apabila menjinakkan calon PAS, Mohd. Jamal Nasir (22,890).

Menteri Pelajaran, Datuk Mahdzir Khalid (Padang Terap) berada dalam keadaan kurang selesa apabila beliau memperolehi 20,654 sahaja. Lawannya,  Mohd Nasir Zakariah memperolehi 16,212 dan majoriti tipis iaitu 4,442.

Datuk Seri Jamil Khir Baharom iaitu Ahli Parlimen Jerai pula, beliau hanya memperolehi 32,429 undi dan calon lawan, 31,232. Walaupun menang, Menteri di JPM itu menang dengan majoriti kecil iaitu kecil, 1,196.

Di Kelantan, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob (Machang) hanya memperolehi 25,660 dan lawannya, 24,882 dan majoritinya ialah 805. 

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula, juga berada dalam keadaan kurang selesa. Beliau menang 21,669 dan lawannya dari PKR, Zakaria Abdul Hamid, 19,526. majoriti, 2,143.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Ahmad Shabery Chek pula boleh menarik nafas selesa di Kemaman apabila menang 42,522 mengalahkan lawannya dari PKR, Kamruddin Chik. Majoritinya ialah 12,306.

Parlimen Hulu Terengganu yang mempertaruhkan Timbalan Menteri Komunikasi dan Penerangan, Datuk Jailani Johari pula, bolehlah dikatakan agak selesa. Beliau menang dengan majoriti 8,213 apabila menjinakkan calon PAS, Kamaruzaman Abdullah yang memperolehi 23,727.

Di Pulau Pinang pula, Timbalan Menteri Luar Ngeri, Datuk Reezal Merican memperolehi 25,128 undi. Beliau menudukkan calon PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden yang memperolehi 20,952 dan majoriti 4,176.

Di Perak, Menteri Perdagangan Dalam negeri dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainuddin di Larut, keadaanya agak goncang sedikit. Beliau memperolehi 22,184 dan lkawannya, Mohd Fauzi Shaari, 16,888 dengan majoriti, 5,296.

Parlimen Padang Rengas, calonnya Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz, hanya menang majoiriti sebanyak 2,230 apabila lawannya, Meor Ahmad Isharra Isham mendapat 10,775. Nazri memperolehi 13,005 undi.

Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman di Pasir Salak pula, kelebihan undi sebanyak 7,386 amat melegakannya pada kali ini. Beliau memperolehi 24,875 dan lawannya, menikmati 17,489.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Badan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menang dengan majoriti, 2,108. Beliau memperolehi 17,176 dan lawannya dari PKR, 15,068.

Di Pahang, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai di Bentong akan mengharungi ujian getir pada kali ini. PRU lepas beliau hanya menang dengan majoriti sebanyak 379. Beliau memperolehi 25,947 dan lawannya dari DAP, Wong Tack, 25,568.

Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak, memperolehi 51,278 undi menudukkan calon PKR, Mohd Fariz Musa, 15,650 undi. Majoriti undi Perdana Menteri ialah 35,613.

Di Selangor pula Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar hanya memperolehi 20,548 undi dan lawannya dari PAS menikmati 16,154. Majoritinya ialah 4,394.

Wilayah Persekutuan, Menteri Wilayah, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, memperolehi 9,804 undi dan calon lawan, Datuk Husam Musa  menikamti 4,366. majoriti ialah 5,438.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Ghani (Setiawangsa) pula, menang dengan majoriti kecil, 866 apabila memperolehi 23,034 undi dengan menewaskan calon lawan dari PAS yang memperolehi 22,168.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin di Rembau memperolehi undi sebanyak 43,053. Beliau menikmati majoriti undi banyak iaitu 18,357 dan calon lawan iaitu Radzali Ghani dari PKR hanya memperolehi 24,696.

Di Melaka pula, Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Mas Ermieyati Shamsuddin pula, boleh tarik nafas lega apabila memperolehi 27,688 mengalahkan calon PAS yang hanya memperolehi 11,488. Majoriti undi calon Masjid Tanah itu ialah sebanyak 16,200.

Bagi Parlimen Tangga Batu yang mana calonnya adalah Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Datuk Abu Bakar Mohd. Diah. Beliau memperolehi undi sebanyak 39,468 dan lawannya, 23,835. Majorititi undi adalah 15,633.

Di Johor pula, Menteri Kesihatan, Datuk Seri S Subramaniam, berdepan laluan sukar untuk mempertahankan kali ini apabila beliau memperolehi undi sebanyak 20,073 pada PRU lepas. Beliau menewaskan calon PKR, Datuk Chua Jui Meng yang memperolehi, 18,820. Majoritinya ialah 1,217.

Parlimen Ledang milik Datuk Hamim Samuri juga menunggu saat cemas pada PRU-14 ini apabila memperolehi majoriti kecil iaitu 1,967. Beliau menang dengan undi sebanyak 30,619 dan lawannya, 28,652.

Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim iaitu Timbalan Menteri di JPM pula, beliau memperolehi 20,876 dan lawannya, 19,221. Majoriti kecil iaitu 1,646 ada kemungkinan kemenangan 50-50.

Parlimen Seri Gading milik Timbalan menteri pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi pula, beliau menikmati undi sebanyak 22,453 dan lawannya, 16,692 dan majoriti undi sebanyak 5,761.

Parlimen Semberong milik Menteri Pertahannan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Beliau memperolehi sebanyak 22,841 menewaskan calon lawan, 12,210. Majoritinya ialah 10,631.

Parlimen Tenggara pula, Timbalan Menteri Kesejahtraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohd Sadique pula beliau menang dengan memperolehi 25,698 sementara lawannya dari PAS, 8,502 dan majoriti, 17,196.

Menteri di JPM yang mewakili Parlimen Penggerang, Datuk Azlina Othman Said menang 26,992 dan lawannya, 8,502 dengan majoriti 17,196.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamad pula beliau menang tipis ditangan Salahuddin Ayub yang memperolehi 40,525. Beliau memperolehi undi sebanyak 43,751 dan majoritinya 3,226.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Mazlan di Pontian pula amat melegakan. Beliau menang di situ apabila memperoloehi undi sebanyak  27,804 dan lawannya, 14,077. Majoriti 13,727.

Secara ringkasnya di sini ialah sekiranya menteri dan timbalan menteri yang majoriti mereka kurang daripada 5,000 undi, mereka masih ada peluang untuk mempertahankan jawatan andai kata namanya diangkat sekali lagi oleh Perdana Menteri untuk PRU-14 ini.

Namun bagi mereka yang menang majoritinya tidak sampai 1,000 undi, mereka seharusnya berfikiran terbuka dengan memberikan peluang kepada calon-calon yang lebih berpotensi daripada meraka.

Sama ada suka atau tidak suka, sekiranya mereka mahu melihat Umno dan BN ini berdiri megah di negara tercinta ini, itulah sahaja jalan terbaik iaitu dengan melepaskan jawatan dan serahkan kepada Datuk Seri Najib mencari calon sesuai untuk menggantikan tempat mereka.

Leave a Reply

Top