Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Beautiful Terengganu Terbang Ke Serata Dunia

Beautiful Terengganu Terbang Ke Serata Dunia

Dalam usaha meningkatkan lagi potensi sektor pelancongan di Terengganu, kerajaan negeri mengambil inisiatif membuat kolaberasi bersama syarikat penerbangan tambang murah Air Asia dengan memaparkan imej logo Beautiful Terengganu Malaysia pada badan kapal terbang milik syarikat penerbangan terkenal dunia.

Kerjasama antara kedua-dua pihak itu dijalankan selama dua tahun yang menjadi platform promosi berimpak besar dalam menonjolkan keunikan dan keindahan kepada penumpang yang menggunakan perkhidmatan Air Asia di rantau Asia.

Selain itu promosi produk Terengganu juga dilakukan melalui pengiklanan pada ruang simpanan bagasi dalam pesawat, tempat letak makanan pada belakang kerusi dalam pesawat dan artikel dalam Majalah travel3sixty.

Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata kerajaan negeri meletakkan sasaran kempen promosi ini mencapai capaian 405,000 pengguna sekaligus membuktikan kekuatan imej yang paling efektif dan ekonomi dalam kempen galakan dan promosi.

Kolaberasi ini merupakan usaha berterusan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri dalam misi memajukan industri pelancongan negeri di peringkat antarabangsa dan menarik kedatangan pelancong.

Air Asia yang mula beroperasi sejak 2001 telah membawa lebih 400 juta penumpang dengan rangkaian 130 destinasi di 27 buah negara.

Untuk negeri Terengganu, Air Asia membawa 28 penerbangan mingguan dari Kuala Lumpur dan penerbangan terus dari Johor Bahru ke Kuala Terengganu sebanyak tiga kali seminggu di mana pada tahun 2017 seramai 520,000 penumpang telah menggunakan perkhidmatan Air Asia ke Terengganu.

Leave a Reply

Top