Anda di sini!
Utama > Terkini > Bank Rakyat Digesa Tingkat Strategi Pemasaran

Bank Rakyat Digesa Tingkat Strategi Pemasaran

mh online

Bank Rakyat digesa terus memperkukuh kedudukannya dalam industri kewangan negara dengan meningkatkan strategi pemasaran produknya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, Bank Rakyat kini berada di kedudukan keenam dalam sektor kewangan manakala tempat kedua dalam perbankan Islam selepas Maybank.

“Bank Rakyat telah mencapai tahap yang membanggakan, disokong oleh pengerusi baharu dan ahli lembaga pengarah yang kompeten,” katanya.

Untung sebelum cukai dan zakat Bank Rakyat pada suku pertama berakhir 31 Mac 2015, meningkat 1.4 peratus kepada RM541.83 juta berbanding RM534.13 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Terdahulu, Hamzah menghadiri taklimat dan perjumpaan dengan kira-kira 1,400 warga kerja Bank Rakyat sempena lawatan kerja sulung ke ibu pejabat bank itu di Jalan Rakyat di sini.

Hamzah berkata, Bank Rakyat sedang giat menggalakkan penjawat awam menggunakan perkhidmatan kad kredit bank itu yang menawarkan pelbagai keistimewaan.

“Sesiapa yang mempunyai deposit yang tinggi dalam Bank Rakyat, boleh berurusan dengan pihak pengurusan bank supaya kadar faedah boleh dibincang,” katanya.

Mac lalu, Bank Rakyat menyasarkan 20,000 pelanggan Kad Kredit-i Platinumnya.

Leave a Reply

Top