Anda di sini!
Utama > Terkini > Banjir Semakin Surut Jumlah Mangsa berkurangan

Banjir Semakin Surut Jumlah Mangsa berkurangan

mh online

Sebuah pusat pemindahan di Pusat Gerakan PBB Ranting Desa Wira yang menempatkan 40 mangsa banjir ditutup tengah hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Sarawak Siti Huzaimah Ibrahim berkata dengan penutupan sebuah pusat pemindahan itu, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 206 orang berbanding 245 yang dicatatkan pagi tadi.

“Setakat 12 tengah hari, tiga pusat pemindahan di Lundu menempatkan 116 orang mangsa banjir. Tiga pusat pemindahan tersebut ialah Balai Raya Kampung Paon (60 orang), Surau Nurul Huda Kampung Belungei (13 orang) dan Dewan Masyarakat Kampung Jangkar (43 orang),” katanya ketika dihubungi.

Siti Huzaimah berkata di Bahagian Samarahan dan Bahagian Serian masing-masing satu pusat pemindahan masih dibuka menempatkan 90 mangsa.

“Di Bahagian Samarahan, Dewan Suarah Samarahan menempatkan 80 orang mangsa daripada 15 keluarga dan di Bahagian Serian, Surau Darul Hadhari Kampung Rimba Padi di Asajaya menempatkan 10 mangsa daripada lima keluarga,” katanya.

Posted from WordPress for Android

Leave a Reply

Top