Anda di sini!
Utama > Temubual Ekslusif > Bangladesh dan Anak Muda Malaysia Mana Lebih Rajin

Bangladesh dan Anak Muda Malaysia Mana Lebih Rajin

mh online

Oleh: Fansyuri

Sejak beberapa minggu ini panas isu berkenaan kemasukan pekerja Bangladesh ke Malaysia, pelbagai gelaran diberikan kepada YAB Dato Seri Dr Zahid Hamidi, penghinaan, makian, cacian dan gelaran diberikan kepada beliau hanya kerana Kementerian beliau terlibat dengan kelulusan 1.5 juta pekerja Bangladesh.

Sebenarnya banyak lagi kementerian lain terlibat contohnya Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pertanian, Kementerian Kerja Raya dan beberapa lagi Kementerian, KDN melalui bahagian pekerja asing dan imigresen hanya menguruskan kelulusan sahaja.

Jadi, tidak adil jika sekiranya kita hanya menyalahkan YAB Timbalan Perdana Menteri semata-mata kerana meluluskan kemasukan tersebut, bukan setakat itu sahaja, ahli keluarga beliau juga turut dilibatkan sekali dalam masalah ini, padahal adik beliau dengan tegas memaklumkan yang beliau tidak akan terlibat sama sekali dengan perniagaan yang melibatkan mana-mana kementerian lebih-lebih lagi KDN.

Minggu lalu, Yab Timbalan Perdana Menteri telah mengumumkan untuk membekukan kemasukan pekerja asing dari negara sumber dan menggesa mana-mana majikan hanya mengambil pekerja tempatan untuk mengisi sektor-sektor yang sebelum ini hanya diisi oleh warga asing.

Dalam masa yang sama kerajaan turut akan memantau dan penguatkuasaan akan terus dilaksanakan untuk menghantar pulang pekerja asing yang tinggal melebihi tempoh dan tanpa dokumen yang sah.

Saya rasa banyak sektor yang akan terjejas dengan pembekuan ini, antara yang paling terjejas adalah sektor pertanian dan perkilangan yang sebelum ini kebanyakan hanya diisi oleh warga asing, dimana pula anak muda kita diwaktu ini? apakah mereka hanya pandai membuat bising di facebook atau pun sibuk berlumba haram malam minggu di dataran?

Kenapa tidak mereka sahaja pergi mengisi pekerjaan di sektor-sektor itu? jawapannya mudah, anak muda kita sebenarnya malas dan manja. Mereka hanya terikut-ikut apa yang dimainkan pembangkang tanpa memikirkan kesan kepada negara jika sektor-sektor ini lumpuh, pelabur akan lari dan tidak mahu melabur di Malaysia.

Ketika saya sedang menulis cerita ini pun saya lihat anak muda kita masih leka berhibur di kedai kopi, panggung wayang, berjalan sambil berpimpin tangan dengan pasangan di sekitar KLCC seolah-olah mereka tidak perlu memikirkan pun tentang pekerjaan dan masa depan mereka.

Jadi bagaimana kita nak harapkan mereka mengisi tempat yang ditinggalkan oleh warga asing ini, jika inilah realiti anak muda kita.

Selepas ini, kita akan lihat mereka yang terkesan dengan pembekuan ini akan keluar dengan kenyataan menyalahkan kerajaan kerana membekukan kemasukan pekerja asing ini, tapi dalam masa yang sama ketika Yab Dato Seri Dr Zahid Hamidi teruk dikecam kononya beliau luluskan 1.5 juta pekerja bangladesh ini bermotifkan politik untuk memenangkan Barisan Nasional dalam PRU ke 14 dan kepentingan perniagaan adiknya, mereka yang berkepentingan dalam sektor-sektor ini diam membisu seribu bahasa.

Leave a Reply

Top