Anda di sini!
Utama > Nasional > Bandar Baru Bersepadu Pasir Puteh Mula Beroperasi Jun Ini

Bandar Baru Bersepadu Pasir Puteh Mula Beroperasi Jun Ini

mh online

Bandar baharu bersepadu Pasir Puteh bernilai RM100 juta di Jalan Kampung Alor Pasir-Kampung Dalam Kemunting di sini, akan mula beroperasi Jun depan.

Yang Dipertua Majlis Daerah Pasir Puteh, Mohd Anis Hussein berkata bandar baharu tersebut yang dibangunkan di tapak seluas 16 hektar sejak tiga tahun lepas, kini sudah 95 peratus siap.

“Bandar ini menyediakan pelbagai kemudahan antaranya terminal bas, stesen teksi, surau, premis perniagaan, ruang pejabat, pasaraya dan stesen minyak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Gelanggang Futsal Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di sini, Rabu.

Mohd Anis berkata seramai 300 peniaga di pasar lama di bandar Pasir Puteh akan dipindahkan ke bandar baharu tersebut.

Leave a Reply

Top