Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Bajau : Pahlawan Di Laut Perwira Di Darat Naskah Wajib Baca

Bajau : Pahlawan Di Laut Perwira Di Darat Naskah Wajib Baca

Oleh : Zabidi Saidi

KUALA LUMPUR, Majlis pelancaran buku Musli Oli berjudul “Bajau Pahlawan Di Laut Perwira di Darat” oleh Menteri Komunikasi dan Multi Media, Datuk Seri Dr Salleh Said semalam di Hotel Seri Pacific di sini semalam meriah.

Pagi semalam penulis berada di Putrajaya. Oleh kerana urusan saya di sebuah kementerian selesai awal, penulis terus ke Hotel Seri Pacific. Sementara menunggu ketibaan bekas ADUN Sibuga, Datuk Basali Hamid di hotel penulis terus menghubungi Musli sahabat lama di Sabah yang mengadakan majlis pelancaran bukunya di hotel tersebut.

Musli tiba jam 10 pagi. Kami minum dan tiba pula pegawai khas kepada seorang ahli parlimen. Pegawai khas ini pernah bekerja dengan penulis di akhbar Warta Parlimen Kepala Batas pada tahun 2007. Beliau pernah bekerja sebagai pegawai khas kepada seorang ahli parlimen di Sabah.

Musli kenal ahli parlimen tersebut. Malah beliau yang berada bersama dengan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di pejabat Ku Nan sebelum hari penamaan calon pilihanraya umum 1999 terlibat menaikkan ahli parlimen itu sebagai calon BN.

Ketika itu bahagian mencadangkan nama orang lain. Ku Nan tanya siapa ni Musli pasal Ku Nan tak kenal nama orang tersebut. Ku Nan kata kenapa letak naib ketua bahagian sebagai calon. Ku Nan tanya siapa timbalan ketua bahagian. Musli pun sebut nama orang tersebut. Ku Nan kata letak timbalanlah sebagai calon parlimen kerana ketua bahagian diletakkan sebagai calon ADUN. Maka rezeki timbalan ketua bahagian jadi calon parlimen.

Itulah di antara jasa Musli menaikkan tokoh politik di Sabah sebagai calon. Musli kata ahli parlimen itu kuat berjanji. Dengan rakyat pun dia bohong. Malah apabila Ku Nan minta resume calon tersebut, calon itu tipu resumenya kononnya dia lulus diploma dari ITM.

Pegawai khas Speaker Dewan Rakyat, Dr Kadir join kami bertiga. Dr Kadir cerita pengalamannya membawa jemaah haji ke Mekah setiap tahun. Malah beliau pergi umrah setiap tahun. Jemaah haji yang dibawanya duduk di Hotel Hilton 50 meter  dari Masjidil Haram. Pakej haji yang dibawa Dr Kadir berharga RM45,000.

Datuk Basali tiba jam 12 join meja kami. Beliau yang disebut sebut sebagai calon parlimen menentang Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal di parlimen Semporna yakin Parti Warisan akan kalah di Sabah. Musli bergurau dengan berkata  kita tak boleh argue dengan kenyataan Datuk Basali nanti dia tak bayar bil kita.

Kami gelak mendengar kata kata Musli. Datuk Zaharin join meja kami dan seperti biasa beliau cerita hal Facebooknya yang mempunyai 58,000 followers. Datuk Seri Dr Salleh tiba di lounge menemui kawan-kawannya di satu sudut hujung lounge.

Walaupun majlis bermula jam 4 petang tetapi sudah menjadi amalan Datuk Seri Dr Salleh tiba awal. Beliau memang tidak suka protokol. Malah dalam majlis pelancaran buku Musli semalam, beliau tidak berucap. Tetapi dalam sidang akhbar beliau berkata buku Bajau ini perlu dibaca oleh rakyat Malaysia untuk mengenali sukukaum Bajau yang merupakan sukukaum Bumiputra Islam terbesar di Sabah.

Musli memang seorang penulis buku politik yang terkenal. Mentornya. Adi Alhadi yang mencadangkan supaya Musli menulis buku mengenai masyarakat Bajau. Tambahan pula sebagai bekas Presiden Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO), Datuk Seri Dr Salleh memberi sokongan kepada usaha Musli menjalankan kajian selama satu tahun.

Tahniah kepada Musli. Semoga lebih banyak lagi usaha menerbitkan buku mengenai masyarakat Bajau selepas ini.

Leave a Reply

Top