Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Baitulmaqdis Bukan Untuk Dijual

Baitulmaqdis Bukan Untuk Dijual

RAMALLAH, Pejabat Presiden Palestin, Mahmud Abbas hari ini berkata, Baitulmaqdis ‘bukan untuk dijual’ selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengancam mengurangkan bantuan tahunan untuk negara itu.

“Baitulmaqdis adalah ibu kota yang kekal di negeri Palestin dan ia bukan untuk dijual bagi mendapatkan emas atau wang berbilion dolar,” kata jurucakap Abbas, Nabil Abu Rudeina kepada AFP.

Trump mengancam untuk mengurangkan bantuan lebih daripada AS$300 juta (RM1.2 bilion) bertujuan memaksa Palestin ke meja rundingan.

Ia susulan ‘pertelingkahan’ berhubung Baitulmaqdis selepas majoriti negara menolak pengiktirafan kota itu sebagai ibu kota Israel. – AFP

Leave a Reply

Top