Anda di sini!
Utama > Sukan > Azizul Hasni Gagal Tamatkan Perlumbaan

Azizul Hasni Gagal Tamatkan Perlumbaan

Jaguh dunia, Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Shahrom, masing-masing gagal melayakan diri ke pusingan kedua acara keirin pada perlumbaan Trek Siri Pertama Piala Dunia di Velodrom BGZ Arena di Pruszkow, Poland, hari ini.

Menurut laman web rasmi kejohanan, Track Cycling World Cup I, Azizulhasni yang terkenal dengan jolokan The Pocketrocketman tidak menamatkan perlumbaan pada pusingan penyisihan (repechage).

Sementara itu, Muhammad Shah menamatkan perlumbaan di tempat kedua di belakang Sebastien Vigier dari Perancis pada pusingan penyisihan.

Kedua-dua pelumba itu terpaksa beraksi dalam pusingan penyisihan selepas masing-masing menduduki tempat keempat pada perlumbaan pusingan pertama.

Leave a Reply

Top