Anda di sini!
Utama > Hiburan > Awal Jalani Pembedahan Buang Hempedu

Awal Jalani Pembedahan Buang Hempedu

Pengacara Awal Ashaari selamat menjalani pembedahan bagi membuang hempedunya di sebuah pusat perubatan pada pagi Isnin.

Isterinya, pelakon Scha Alyahya berkata, Awal kini berada dalam keadaan baik selepas menjalani pembedahan yang berlangsung kira-kira sejam itu.

“Alhamdulillah, penyakit tidak serius sangat, dalam hempedunya ada batu.

Jadi kena buang hempedu tersebut atau dipanggil Gallbladder

“Insya-Allah, esok, lusa sudah boleh keluar. Dia menjalani surgery (pembedahan) pada pukul 8.30 hingga 11.30 pagi tadi dan semuanya selamat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Scha berkata, Awal diminta berehat selama seminggu sebelum kembali mengacarakan program Melodi terbitan TV3.

Leave a Reply

Top