Kementerian Pertahanan akan melaksanakan bantuan pasca banjir bagi meringankan beban penduduk di negeri yang terjejas banjir di negeri ini.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, bagi tujuan itu Rejimen Askar Diraja telah diarahkan untuk berbincang dengan kerajaan negeri dan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi menilai bentuk bantuan yang bersesuaian.

‘Ia termasuklah pembaikan rumah-rumah yang mengalami kerosakan kecil dab pembaikan infrastruktur asas seperti sekolah dan balai raya.

“Malah Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) yang berada di Kelantan dan Terengganu bersama anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut diatur bagi membantu membersihkan rumah dan kawasan-kawasan terjejas,” katanya kepada media dalam siri lawatan ke Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi di sini sebentar tadi.

Terdahulu beliau turut menyampaikan kit bantuan banjir kepada mangsa di pusat pemindahan terbabit.

Hishamnuddin berkata,selain daripada bantuan asas ATM turut menempatkan beberapa aset di Kelantan dan Terengganu bagi memudahkan lagi gerakan membantu mangsa banjir.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *