Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Astro Pecah Rekod Dunia Guinness ‘Festival Siaran Langsung Paling Panjang’

Astro Pecah Rekod Dunia Guinness ‘Festival Siaran Langsung Paling Panjang’

KUALA LUMPUR, Astro, perkhidmatan televisyen satelit berbayar Malaysia, memecahkan Rekod Dunia Guinness untuk ‘Festival Siaran Langsung Paling Panjang’ dengan bersiaran secara langsung selama 55 jam tanpa henti sempena perayaan Thaipusam selama empat hari, mulai 22 Jan tahun ini.

Siaran langsung melalui Astro Ulagam, saluran Peristiwa dan Berita Hiburan India di Malaysia itu, membolehkan penonton di seluruh dunia mengikuti perayaan beraneka dan berwarna-warni Thaipusam di Malaysia, Sri Lanka dan India melalui Astro.

Swapnil Dangarikar, pegawai penilai Rekod Dunia Guinness menyerahkan sijil Rekod Dunia Guinness kepada Naib Presiden Kanan Bahagian Perniagaan Segmen India Astro, Dr C. Rajamani di sini, hari ini.

Rajamani berkata program berkenaan telah meraih 119 juta penonton menerusi Facebook dan kempen hashtag #Vetrivel2016 yang diperkenalkan semasa tempoh tersebut.

Siaran langsung itu ditonton masyarakat di seluruh dunia termasuk 35 peratus dari Amerika Syarikat, India (28 peratus), United Kingdom (lima) dan Kanada (empat), manakala Malaysia mencatat rekod 16 peratus penonton, katanya.

Beliau berkata usaha memecahkan Rekod Dunia Guinness itu melibatkan 100 kru yang ditugaskan di tiga negara – Malaysia, Sri Lanka dan India.

Leave a Reply

Top