Arsenal menempah tiket ke separuh akhir Piala FA Inggeris selepas membenam kelab divisyen kelima, Lincoln City 5-0 di Stadium Emirates, awal pagi Ahad.

Anak buah Arsene Wenger berdepan kesukaran pada babak pertama apabila hanya mampu memecah kebuntuan pada waktu kecederaan hasil jaringan Theo Walcott.

Namun pasukan tuan rumah mulai menemui rentak sebenar mereka ketika perlawanan bersambung di babak kedua.

Empat lagi gol The Gunners diperolehi menerusi jaringan Olivier Giroud (minit ke-53), Alexis Sanchez (m-72), Aaron Ramsey (m-75) dan satu jaringan sendiri pemain Lincoln, Luke Waterfall (m-58).

 Kemenangan itu sedikit sebanyak mengembalikan keceriaan penyokong tuan rumah yang masih berduka selepas tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara.

Sebelum itu, perlawanan tersebut dicemari dengan demonstrasi seramai 200 penyokong Arsenal yang mendesak Wenger supaya tidak memperbaharui kontraknya.

“Selalu ada perasaan bimbang kerana pemain lawan sukar diramal. Mereka menyingkirkan Burnley, Ipswich dan Brighton, jadi kita menghormati mereka.

“Namun kami menguasai perlawanan pada babak kedua. Pun begitu anda perlu mengucapkan tahniah kepada Lincoln di atas pencapaian mereka pada Piala FA,” kata Wenger.

 

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *