Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Arahan Pakaian Bertema Pink Dari Pihak Sekolah

Arahan Pakaian Bertema Pink Dari Pihak Sekolah

mh online

image

Selepas dijemput untuk merasmikan Mesyuarat PIBG Sekolah Kebangsaan Kamil 1 Pasir Puteh Kelantan, pelbagai tuduhan oleh pelbagai pihak kepada Datuk Seri Hasmiza Othman.Selepas kenyataan terbuka NUTP kini muncul pula surat yang kononnya Datuk Vida mengarahkan ibu bapa dan guru-guru yang hadir pada hari tersebut untuk memakai pakaian bertemakan merah jambu.

image

Setelah melihat surat tersebut, arahan sebenarnya bukanlah dari Datuk Vida tetapi dari pihak sekolah yang mengeluarkan surat mengarahkan ibu bapa dan guru-guru memakai pakaian bertemakan merah jambu.

Saya cuba menghubungi pihak sekolah untuk bertanyakan sendiri berkenaan surat tersebut dan pihak pentadbiran menafikan sekeras-kerasnya arahan itu adalah dari pihak Datuk Vida, pihak pentadbiran memohon maaf atas salah faham yang timbul, jelasnya lagi, Datuk Vida tidak terlibat dalam perkara ini.

Mungkin ada pihak-pihak yang tidak senang melihat “femomena Qu Puteh” di Kelantan, saya sendiri pernah beberapa kali terlibat dengan program Datuk Vida dan yang terbaru ketika Majlis Pelancaran Jersi Pemain Kelantan minggu lalu,sambutan ketika beliau turun dari kereta untuk merasmikan majlis sangat-sangat luar biasa.

Ribuan rakyat Kelantan menanti beliau untuk bersalaman dan bergambar, Fenomena ini jarang-jarang dapat dilihat di Kelantan kecuali kepada pemimpin Politik, malah sambutan kepada Datuk Vida lebih hebat berbanding pemimpin politik.

Itulah kehebatan Fenomena Datuk Vida di negeri cik siti wan kembang, jadi tidak hairanlah jika ada pihak yang tidak senang hati melihat sambutan kepada beliau dan produknya.

Euphoria ini muncul sejak Datuk Vida bersetuju menaja pasukan Bola Sepak Kelantan selama dua tahun sebelum beliau menjenamakan pasukan ini sebagai PQPTRW.

Leave a Reply

Top