Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > APMM Bantu Ibu Mengandung Ke Hospital Besut

APMM Bantu Ibu Mengandung Ke Hospital Besut

PASIR PUTEH, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tok Bali membantu memindahkan seorang ibu yang sarat mengandung dari Pulau Perhentian ke Hospital Besut, malam tadi.

Timbalan Pengarah Wilayah Maritim Timur (Operasi), Kapten Maritim V. Pannir Selvan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 9.40 malam daripada doktor di Klinik Kesihatan Kuala Besut memaklumkan ibu berkenaan, Norzilawati Mohd Aziz, 35, yang tinggal di Pulau Perhentian mengalami masalah kandungan tidak bergerak dan memerlukan pemeriksaan lanjut di Hospital Besut.

“Bot Penyelamat 7 dari Daerah Maritim 10 (DM 10) Kelantan telah dikerahkan untuk membawa pesakit tersebut ke jeti Maritim Malaysia DM 10 Kelantan bagi mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Besut, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata walaupun dalam keadaan cuaca buruk serta laut yang bergelora Maritim Malaysia Wilayah Timur sentiasa bersedia untuk memberi bantuan kecemasan kepada komuniti maritim yang memerlukan bantuan.

Katanya orang ramai boleh menghubungi terus menerusi talian pusat operasi 09-5717345 atau MERS 999 sekiranya terdapat kemalangan atau kecemasan di laut pada bila-bila masa terutama sepanjang musim tengkujuh ini.

Leave a Reply

Top