Anda di sini!
Utama > Hiburan > Anzalna Kini Sah Milik Hanif

Anzalna Kini Sah Milik Hanif

mh online

Dengan sekali lafaz pelakon Anzalna Nasir selamat bergelar isteri kepada pilihan hatinya Mohamad Hanif Mohamad Zaki selepas 10 tahun berkenalan.

image

(kredit Gambar Instagram tv9)

Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa Anzalna, Prof Madya Dr Md Nasir Ibrahim di Hotel seri Pasific, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir turut menerima mas kahwin RM1000.

Pihak lelaki telah menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan oleh pihak perempuan.

Majlis resepsi Anzalna dan Hanif Zaki akan berlangsung pada 27 Februari dan 3 April depan.

Majlis pernikahan mereka disiarkan secara langsung menerusi rancangan Nasi Lemak Kopi o di TV9.

Terdahulu, Anzalna dan Hanif telah berkenalan sejak tahun 2006 menerusi media sosial dan mula serius bercinta lima tahun lalu.

Leave a Reply

Top