PUTRAJAYA, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetahui mengenai kerugian mata wang asing negara yang berlaku sekitar tahun 1992.

Anwar dalam keterangan di hadapan suruhanjaya siasatan memberitahu, beliau mengetahui mengenai perkara itu selepas dimaklumkan oleh bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Jaffar Hussein.

Anwar berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Jaffar beberapa bulan sebelum Laporan Kewangan dibentangkan pada Mac 1993.

“Semua laporan tahunan BNM memang dibentangkan, namun ia tidak dipandang serius kerana semua tahu mengenai Plaza Accord.

“Persepsi umum pada ketika itu menyalahkan pada keadaan antarabangsa dan Soros,” katanya ketika memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan Bagi Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar 1990-an, di sini, hari ini.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *