Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Anti Trump Akan Gempur Majlis Angkat Sumpah

Anti Trump Akan Gempur Majlis Angkat Sumpah

Ratusan penunjuk perasaan anti-Trump mengadakan perhimpunan di Washington DC untuk menyelar dasar kontroversi presiden baharu Amerika Syarikat (AS) ke-45 dan berikrar mengganggu majlis pelantikan hari ini.

Dalam demonstrasi kelmarin, mereka mengecam kempen Trump terhadap kumpulan minoriti menjelang pilihan raya presiden November lalu selain menyifatkan jutawan hartanah itu sebagai bersifat perkauman serta rasis.

Difahamkan, protes dianjurkan beberapa kumpulan termasuk DisruptJ20 yang mendakwa akan menghantar penunjuk perasaan untuk mengganggu pelantikan Trump dengan menyekat akses awam ke majlis berkenaan.

Mereka turut merancang untuk menyekat pintu masuk ke National Mall di mana ratusan ribu orang dijangka berkumpul untuk menonton majlis angkat sumpah Trump.

Menurut Perkhidmatan Rahsia AS, kira-kira 900,000 orang dijangka menghadiri majlis tersebut.

Protes anti-Trump bermula sejak Sabtu lalu apabila beberapa ribu penunjuk perasaan melaungkan, ‘Tiada keadilan, tiada keamanan’, dalam perarakan di sepanjang National Mall ke Tugu Peringatan Luther King Jr.

Leave a Reply

Top