Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Anggota Geng Mamak Diserah Kepada Polis Selangor

Anggota Geng Mamak Diserah Kepada Polis Selangor

mh online

Dua anggota Geng Mamak yang direman sejak 22 Jan lalu mungkin diserahkan kepada polis Selangor bagi membantu siasatan membabitkan kumpulan itu di negeri tersebut.

Ketua Polis Daerah Taiping Harrith Kam Abdullah ketika mengesahkan perkara itu berkata tempoh tahanan reman kedua-dua suspek yang masing-masing berumur 31 dan 35 tahun itu akan tamat esok.

“Mereka (suspek) dijangka akan diserah kepada kontinjen Selangor untuk siasatan kes di sana,” katanya.

Kedua-dua suspek yang berasal dari Perak dan mempunyai rekod jenayah lampau ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Pada 22 Jan, seorang anggota Geng Mamak berumur 38 tahun mati ditembak, manakala dua lagi ditahan selepas dengan sengaja merempuh beberapa kereta polis di Plaza Tol Changkat Jering.

Leave a Reply

Top