Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Anak Netanyahu Bikin Panas

Anak Netanyahu Bikin Panas

Anak lelaki Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dirakam bercakap mengenai perjanjian utama gas asli ketika mabuk di luar sebuah kelab tarian bogel.

Rakaman audio membabitkan Yair Netanyahu, individu yang pernah menjadi subjek kontroversi sebelum ini, menyemarakkan kritikan terhadap cara bapanya mengendalikan industri gas asli Israel ketika Netanyahu sendiri berhadapan dua kes rasuah lain.

Keluarga Netanyahu menyelar siaran rakaman audio dan menyifatkannya sebagai sebahagian kempen memburukkan mereka manakala Yair berkata, beliau cuma bergurau dalam audio itu yang dikatakan dirakam pada 2015.

Yair, 26, kedengaran bercakap dengan anak lelaki Kobi Maimon, pemegang saham syarikat yang memiliki medan gas Tamas di pesisir pantai Israel.

Mereka turut berbual mengenai penari bogel dan pelacur.

“Bapa saya menguruskan AS$20 bilion (RM80 bilion) untuk bapa kamu, kamu berikan saya 400 shekel (RM465),” katanya. – AFP

Leave a Reply

Top