Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter (11 kaki) dijangka berlaku di beberapa kawasan perairan Semenanjung, Sabah serta Sarawak hingga Isnin depan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan kawasan yang dijangka terbabit termasuklah di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Labuan dan Sabah iaitu Pantai Barat, Kudat dan Sandakan.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Ribut petir di perairan Perak, Selangor, Kelantan dan Sarawak (Mukah dan Bintulu) dijangka berterusan hingga pagi ini.

Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang hingga 50kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *