Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Algeria Guna Gelang Elektronik Kepada Banduan

Algeria Guna Gelang Elektronik Kepada Banduan

Penggunaan pengawasan elektronik menerusi pemakaian gelang elektronik akan berkuat kuasa di Algeria pada Rabu untuk pesalah yang dijatuhi hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun, atau banduan yang masih perlu menjalani hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun, jika diputuskan oleh hakim yang menguatkuasakan hukuman itu.

Dengan pelaksanaan langkah ini, Algeria akan menjadi negara pertama dari tanah Arab dan yang kedua dari benua Afrika, selepas Afrika Selatan, yang menggunakan kaedah perundangan moden itu.

Kaedah ini, sebahagian daripada kod bagi organisasi penjara dan pengintegrasian semula banduan ke dalam masyarakat, memanjangkan penggunaan sistem pengawasan elektronik bagi mengurangkan tempoh hukuman, yang menyaksikan banduan dipakaikan gelang elektronik bagi membolehkan kehadiran mereka dikesan di lokasi yang ditetapkan oleh hakim.

Sistem itu membolehkan banduan menjalani keseluruhan, atau sebahagian daripada, tempoh hukuman di luar penjara.

Penggunaan pengawasan elektronik akan dilaksana apabila hakim sendiri yang memutuskan perkara itu, atau atas permohonan pesalah, atau peguamnya, dalam kes yang dijatuhi hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun, atau apabila seseorang banduan masih perlu menjalani hukuman penjara tidak melebihi tempoh tersebut.

Leave a Reply

Top