Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > AKAUN KHAS TAJAAN UNTUK URUS PERBELANJAAN

AKAUN KHAS TAJAAN UNTUK URUS PERBELANJAAN

mh online

image

Satu akaun khas diwujudkan untuk mengatur tajaan tajaan syarikat Vida Beauty Sdn Bhd kepada pasukan Liga Super The Red Warriors (TRW).

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, tajaan itu juga bukan hanya tertakluk kepada bayaran gaji pemain semata-mata.

“Ia melibatkan perancangan pemilik Vida Beauty Sdn Bhd Datuk Seri Dr Hasmiza Othman sendiri dalam pembangunan bola sepak di Kelantan.

“Datuk Seri ada idea untuk memperbaiki infrastruktur sukan yang kita tidak tahu berapa kosnya, setakat mana Datuk Seri hendak buat dan dalam itu ada elemen untuk menggalakkan bolak sepak akar umbi yang kita tidak tahu berapa kosnya.

“Kita terpaksa membuat satu jawatankuasa penganjuran bola sepak akar umbi. Datuk Seri juga ada idea untuk menjadikan Kelantan tuan rumah untuk menjemput pemain antarabangsa yang kita tidak tahu berapa jumlahnya,” katanya semasa sidang media selepas majlis menandatangani kontrak perjanjian pasukan Liga Super Kelantan Musim 2016 di sini hari ini.

Dalam pada itu kata Annuar, beberapa pemain import sedang dalam proses perundingan untuk menyertai pasukan Kelantan pada musim ini.

Jelasnya, keputusan pilihan pemain itu hanya akan dimaklumkan selepas 17 Januari.

“Semua pemain akan dimaklumkan kepada Datuk Seri Vida dan menjelang 22 Januari semua pemain akan lengkap termasuk empat pemain import yang akan diumumkan kelak,” ujarnya.
Sebelum ini, Dr Hasmiza memperuntukkan nilai tajaan sehingga lapan angka untuk pasukan Kelantan.

Ahli perniagaan yang berasal dari Machang, Kelantan itu memberitahu beliau tidak ada masalah untuk mengeluarkan jumlah yang besar dan tampak begitu teruja serta bersemangat untuk memastikan pasukan negeri kelahirannya itu mampu memberi saingan.

Penajaan itu sekali gus bakal membawa perubahan warna Stadium Sultan Muhammad IV yang akan dicat dengan warna merah jambu selain tempat khas untuk penyokong wanita.

Dalam perkembangan lain,Datuk Seri Vida membuat kejutan pada malam pembuka tirai Konsert Mega Gegar Vaganza semalam dengan memperkenalkan barisan pemain pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors di Panggung Sari, Istana Budaya.

Dua belas artis yang membuat persembahan pada malam pertama antaranya Siti Nordiana,Ayai Ilusi,Haleeda,Achong,Nassier Wahab, Haiza dan ramai lagi.Paling mencuri perhatian kemunculan “duo” pengacara “hot” Nabil dan Jihan dengan lagu Goyang bali sambil diiringi oleh orkestra dibawah pimpinan Datuk Ramlee MS.

Konsert Mega Gegar Vaganza IB akan berlansung selama 3 hari bermula 15-17 januari 2016.Tiket-tiket boleh didapati di www.ticketcharge.com.my .

Leave a Reply

Top