Kementerian Kehakiman Thailand membekukan beberapa akaun bank bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra, berhubung denda bernilai AS$1 bilion (RM4.2 bilion) yang dikenakan junta ke atas program subsidi beras ketika pentadbirannya.

Yingluck memfailkan petisyen mahkamah untuk membatalkan pembekuan akaun banknya dan memberi injunksi bagi menggantung rampasan aset.

Menurut Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Somchai Sujjapongse, jawatankuasa kerajaan menyerahkan perincian 12 akaun bank milik bekas pemimpin wanita itu kepada Jabatan Pelaksanaan Undang-Undang dua minggu lalu untuk diambil tindakan.

Pasukan perundangan Yingluck memberitahu, beliau menerima notis pembekuan akaun daripada jabatan tersebut, kelmarin.

Selaras dengan undang-undang liabiliti sivil, semua individu terlibat atas kerugian program perlu berkongsi tanggungjawab dan panel memutuskan bahawa Yingluck akan bertanggungjawab sebanyak 20 peratus.

Yingluck yang digulingkan junta dalam rampasan kuasa pada 2014 akan menyerahkan kenyataan tertutup dalam kes jenayah berasingan atas program subsidi beras itu, minggu depan. – Reuters

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *