KUALA LUMPUR, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Akademi MyWIN melahirkan lebih ramai usahawan wanita yang mempunyai kemahiran canggih bidang perniagaan berorientasikan keperluan masa depan dan perkembangan teknologi.

Beliau berkata Akademi MyWIN memberi penekanan kepada dua perkara asas – wanita dan inovasi – iaitu bidang utama dalam ekosistem inovasi negara.

“Inovasi tidak mengira gender dan sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kami percaya dalam mengambil pendekatan holistik memberi sokongan kepada semua segmen dalam masyarakat dan kaum wanita tidak ketinggalan untuk dibantu dalam memenuhi usaha dan impian mereka.

“Satu daripada kumpulan sasaran Akademi MyWIN sudah tentunya usahawan,”katanya semasa merasmikan Akademi MyWIN di sini malam tadi.

Turut hadir ialah Pengerusi Akademi MyWIN yang juga Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas di Jabatan Pedana Menteri Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *