AirAsia X Bhd (AAX) merupakan kaunter paling cergas diniagakan dalam sesi pagi ini selepas mengumumkan keputusan tahun kewangan suku ketiganya yang rendah.

Pada 11 pagi, saham AAX susut 2.5 sen kepada 35.5 sen dengan 32.9 juta saham diniagakan.

Syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh itu mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM43.3 juta dalam suku tersebut berbanding keuntungan RM11.02 juta dalam suku yang sama tahun lepas, ekoran peruntukan sekali bagi hutang ragu sebanyak RM50.2 juta meskipun hasilnya meningkat 14.5 peratus kepada RM1.12 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutif AAX Malaysia (CEO), Benyamin Ismail, dalam satu kenyataan semalam berkata peruntukan sekali bagi hutang ragu itu merupakan satu langkah yang perlu diambil ketika syarikat itu beralih daripada keputusan perniagaan pengurusan masa lalu.

Bagaimanapun, beliau berkata tidak termasuk peruntukan sekali itu, syarikat penerbangan tersebut mencatatkan operasi baik dalam suku tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X, Datuk Kamarudin Meranun berkata syarikat penerbangan itu menyediakan perkhidmatan kepada lebih ramai penumpang dan mencatatkan faktor muatan tinggi di seluruh pasaran yang ia beroperasi meskipun persekitaran operasi sukar dalam suku ketiga tahun kewangan yang kebiasaannya mencatatkan prestasi lemah.

Mengenai prospek masa depan, beliau berkata syarikat penerbangan itu akan menyelaraskan rangkaiannya dan memperkenalkan pasaran baharu bagi mengukuhkan rangkaian serta menyokong sasaran hasil dan keuntungannya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *