Dialog Perdana Transformasi Nasional 2050 (TN50) bagi kluster agama Islam akan dilaksanakan untuk merangka agenda Islam menjelang tahun 2050.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, arahan itu telah berikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu melihat bidang agama Islam diberikan perhatian.

Ahmad Zahid berkata, dialog berkenaan akan diketuainya sendiri sambil dibantu Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

“Malam tadi kita ada Dialog Perdana TN50. PM arahkan saya untuk beritahu Jamil Khir dan Asyraf untuk bersama-sama buat khusus untuk ketengahkan agenda Islam.

“TN50 mempunyai pelbagai kluster seperti pendidikan, teknologi, kreativiti dan inovasi. Kita bukan meneruskan perancangan untuk 30 tahun akan datang, bukan melupakan wawasan 2020 yang sedia ada,” katanya ketika berucap pada Karnival Mahabbah Institusi Agama Sempena Permukiman Menteri Besar Perak di Masjid Al-Falah, Sungai Nipah Darat, di sini, hari ini.

Najib malam tadi meluangkan masa berdialog bersama 500 peserta merentasi semua komuniti belia dari semua negeri di Malaysia untuk mendapatkan input

keperluan warga Malaysia pada masa depan.

TN50, yang digagaskan Najib, merupakan dasar futuristik bagi memeta hala tuju negara untuk tempoh 30 tahun selepas 2020.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *