Kenyataan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini kononnya pelabur dari China merampas peluang pelaburan dari kalangan pelabur tempatan, disangkal oleh Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid, menurut beliau Malaysia perlu membuka minda dan hati dengan menjemput kehadiran pelabur luar.

“Biarpun kita berbeza pendapat soal intepretasi dan sebagainya, tapi demi kepentingan negara, kita harus melihat bahawa peluang pelabur luar untuk capai pertumbuhan ekonomi lebih pesat, ia turut bergantung kepada ‘FDI volume’ dalam negara,” katanya.

“Pelabur domestik perlu diberi keutamaan, tapi dari segi kapasiti mereka mungkin terhad, terutama dalam menyuntik modal untuk teknologi baharu,” tambahnya.

Beliau berkata pelaburan yang dibawa masuk bukan hanya berkaitan pembiayaan modal semata-mata, tapi juga merujuk kepada suntikan dan pemindahan pengetahuan dan teknologi baharu ke dalam negara.

Timbalan perdana menteri dijadual berlepas ke Kunming di wilayah Yunan esok untuk meneruskan lawatan kerjanya di China.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *