Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Ahmad Bashah Pemimpin Berpengalaman

Ahmad Bashah Pemimpin Berpengalaman

mh online

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata Menteri Besar Kedah yang baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah adalah seorang pemimpin yang berpengalaman luas dalam politik serta dalam pentadbiran negeri dan persekutuan.

image

Beliau berkata Ahmad Bashah yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah Ke-12 di Alor Setar pada Khamis, telah berkecimpung dalam bidang politik lebih daripada 35 tahun.

“Saya secara peribadi mengenali beliau dari tahun 1987…lebih 29 tahun,” kata Ahmad Zahid kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan beliau ke China semasa diminta mengulas kritikan yang dilemparkan pihak tertentu terhadap kelayakan akademik Ahmad Bashah, di sini Khamis.

“Walaupun pendidikan (beliau) agak rendah berbanding keperluan kini tetapi harus melihat titik positif yang ada padanya dalam pentadbiran di peringkat negeri dan pusat,” katanya.

Ahmad Bashah pernah menjadi exco kerajaan negeri Kedah dan merupakan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di peringkat pusat.

Beliau berkata rakyat perlu memberi peluang kepada Ahmad Bashah untuk membuktikan kemampuannya dalam mentadbir negeri Kedah.

Posted from WordPress for Android

Leave a Reply

Top