Anda di sini!
Utama > Terkini > Agong Dukacita Tindakan Persoal Agensi Islam

Agong Dukacita Tindakan Persoal Agensi Islam

mh online

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Sultan Badlishah menzahirkan harapan kepada seluruh institusi agama Islam supaya sentiasa berada di landasan yang kukuh, mantap dan berkesan.

“Dalam masa yang sama, permuafakatan antara ulama dan umarak hendaklah terus diperteguhkan demi untuk memastikan ketinggian agama Islam dan kesejahteraan ummahnya sentiasa terpelihara,” titah baginda ketika merasmikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1437H/2015M di sini, hari ini.

Pada masa sama, baginda turut menzahirkan rasa dukacita atas sikap pihak-pihak tertentu yang cuba memperkecilkan dan memberi gambaran negatif terhadap kewujudan agensi-agensi Islam pada masa ini.

Baginda juga tidak menafikan terdapat segelintir umat Islam yang terpengaruh dengan aliran melampau atau ekstrim.

“Perlu difahami bahawa kewujudan agensi-agensi ini sama ada di peringkat Persekutuan mahupun negeri adalah bagi melaksanakan fungsi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam sekaligus membantu agensi-agensi agama di peringkat Persekutuan dan Negeri untuk mengurus tadbir hal ehwal Islam,” titah baginda.

Bagaimanapun, baginda mengakui majoriti rakyat Malaysia masih berpegang dengan manhaj wasatiyyah sebagaimana yang didokong oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Dalam pada itu, baginda juga berpandangan bahawa pendekatan wasatiyyah telah berjaya diterap dan diterima dengan baik oleh rakyat Malaysia.

Posted from WordPress for Android

Leave a Reply

Top