Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Agensi Strategik Kerajaan Diresapi Anasir Pembangkang?

Agensi Strategik Kerajaan Diresapi Anasir Pembangkang?

Oleh : Hidayat Fansyuri

Dalam tempoh yang getir sekarang, jawatan penting sama ada di kementerian,agensi kerajaan mahupun glc, seharusnya ditapis agar tidak ada ‘seekor’ pun penyokong pembangkang yang terlepas mengetuai agensi atau jabatan-jabatan yang strategik.

Dalam pemerhatian kami, ramai dikalangan mereka ini bertopeng dan bermuka-muka menyokong kerajaan dalam masa yang sama mereka cuba mensabotaj program-program kerajaan dan jika ada apa-apa permohonan mereka akan kata ini tiada dalam rancangan kami walaupun perkara tersebut di syorkan oleh perdana menteri mahupun timbalan perdana menteri.

Tugas mereka ini mudah hanya menyokong program-program yang melibatkan NGO mahupun syarikat-syarikat yang menyokong pembangkang dan DAP.

Sebagai contoh di TNB ramai antara pegawai-pegawai mereka menyokong pembangkan terutamanya DAP dan BERSATU, dari Ketua Unit sehingga kepada pegawai rendah.

Saya dimaklumkan seorang Ketua Unit bernama Datuk Omar Sidek yang mengetuai Jabatan Komunikasi Korporat TNB banyak mensabotaj program-program kerajaan walaupun disyorkan oleh menteri mahupun perdana menteri, mereka ini akan menggunakan alasan teknikal untuk menolak segala permohonan yang dikemukakan oleh pengerusi TNB.

Bukan beliau seorang sahaja malah beberapa orang pegawai dibawahnya juga dilaporkan mempunyai ‘directions’ yang sama, yang sudah tentulah menerima arahan dari beliau.

Diharap pihak kementerian dan pengurusan tertinggi akan melihat perkara ini dan sekiranya perlu memecat pegawai seperti ini silakan, jangan pula takut kepada mereka kerana mereka ini sudah tentu dihantar oleh pihak pembangkang untuk mensabotaj program-program kerajaan.

Kami telah mengenal pasti beberapa nama yang telah disahkan antara mereka adalah penyokong pembangkang yang kini berada di agensi strategik kerajaan dan menyalurkan maklumat serta dana kepada pihak pembangkang.

Saya mempunyai bukti yang cukup lengkap beberapa nama di agensi strategik kerajaan telah diresapi oleh anasir-anasir pembangkang yang kini telah membarah, jika dibiarkan akan merosakkan seluruh organisasi itu sendiri.

Diharap pihak kementerian tenaga teknologi hijau dan pejabat menteri akan melihat perkara ini.

Mana mungkin seorang yang jelas menyokong pembangkang boleh berada dalam agensi strategik seperti TNB. Orang seperti ini tidak layak dan seharusnya dipecat.

Pendedahan Lanjut Akan Menyusul!

 

 

Leave a Reply

Top